{55}
Ar-Rahman (pemurah) 1~78.
Dengan
nama Allah pemurah, penyayang.
1. (Tuhan)
pemurah.
2. Tleha
ajarkan Quran
3. Telah
jadikan manusia
4. Telah
ajarkan dia keterangan.
5.
Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan (nya).
6. Dan
tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohon menurut (kepadanya).
7. Dan
langit itu, ia jadikan tinggi dan ia adakan neraca.
8. Supaya
kamu tidak melewati batas tentang neraca.
9. Dan dirikan
lah timbangan dengan adil, dan jangan lah kamu kurangkan neraca.
10. Dan
bumi itu ia hamparkan untuk makhluk.
11.
Padanya ada buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang mempunyai kelopak-kelopak mayang.
12. Dan
ada biji-biji yang mempynyai kulit dan (ada) barang-barang wangi.
13. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
14. Ia
telah jadikan manusia dari tanah kering seperti tanah tembikar yang dibakar.
15. Dan
ia telah jadikan jin-jin dari nyalaan api.
16. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
17.
(Adalah ia) Tuhan bagi dua timur dan Tuhan bagi dua barat.
18. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
19. Ia
alirkan dua laut itu, padahal dua-dua nya bertemu.
20.
Antara dua itu ada dinding yang kedua-dua nya tidak bisa melewati (nya).
21. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
22.
Keluar daripada kedua-dua mutiara dan marjan.
23. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
24. Dan
baginya lah kapal yang timbul tinggi dilaut seperti gunung-gunung.
25. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
26.
Tiap-tiap yang ada diatas (bumi) itu akan binasa.
27.
Tetapi diri Tuhan mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan akan kekal.
28. Maka
nikamt Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
29.
Makhluk-makhluk yang ada dilangit-langit dan bumi berkeperluan kepada nya,
tiap-tiap waktu ia dalam urusan.
30. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
31. Kami
akan berurusan dengan kamu, wahai manusia dan jin.
32. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
33. Hai
golongan jin dan manusia ! jika kamu bisa menembus keluar dari
sempadan-sempadan langit-langit dan bumi , cobalah kamu tembusi, kamu tidak
bisa menembus keluar melainkan dengan kekuatan.
34. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
35. Akan
dihapuskan atas kamu nyalaan (birau dari) api dan (leburan) kuningan, maka tak
akan dapat kamu menyelamatkan diri.
36. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
37. Maka
(alangkah hebatnya) apabila terbelah langit lalu jadilah ia menjurus seperti
kulit yang merah ! .
38. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
39. Maka
dihari itu tidak seorang pun manusia dan tidak satu pun jin yang akan ditanya
tentang dosanya.
40. Mak
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
41.
Dikenal orang-orang yang berdusta itu dari tanda-tanda mereka, lalu dirangkut
(mereka) dari ubun-ubun dan kaki-kaki (mereka).
42. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
43.
Inilah jahanam yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa.
44.
Mereka akan bergilir-gilir antara api neraka dan air mendidih yang sangat
panas.
45. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
46. Dan
bagi orang yang takut akan hari pertemuan dengan Tuhan nya (ada) dua syurga.
47. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
48. Yang
mempunyai berbagai-bagai buah-buahan.
49. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
50. Dalam
dua-dua nya ada dua mata air yangmengalir.
51. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
52. Dalam
dua-duanya ada dua pasang dari tiap-tiap
buah-buahan.
53. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
54. Hal
keadaan mereka duduk atas kasa-kasa yang isinya dari sutera, dan pemetikan dari dua
syurga itu ada dekat.
55. Maka
nikmat Tuhan kamu yangmanakah kamu hendak dustakan?
56. Dalam
syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang rengkas pandangan, yang belum
pernah disentuh oleh seorang manusia pun sebelum mereka dan tidak (pula) jin.
57. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
58.
Seolah-olah mereka itu (permata) yakub dan marjan.
59. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakha kamu hendak dustakan?
60.
Bukankah tidak ada alasan bagi kebaikan itu, melainkan kebaikan (juga) ?
61. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
62. Dan
selain dari dua syurga itu, (ada pula) dua syurga (lagi).
63. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
64.
Kedua-dua nya (kelihaan) hijau tua.
65. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
66.
Didalam dua-dua nya ada dua mata air yang memancar.
67. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
68.
Didalam dua-dua nya ada buah-buahan dan kurma dan delima.
69. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
70.
Didalamnya ada yang baik-baik yang bagus-bagus.
71. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
72.
(Iaitu) bidadari-bidadari yang tersimpan dalam mahligai-mahligai.
73. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
74. Tidak
pernah mereka disentuh oleh seorang pun manusia sebelum mereka dan tidak (pula)
jin.
75. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
76.
Keadaan mereka duduk atas hamparan-hamparan hijau dan permaidani-permaidani
bersulam yang bagus-bagus.
77. Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan ?
No comments:
Post a Comment