Monday, May 20, 2013

Pemurah



{55}
Ar-Rahman (pemurah) 1~78. 
Dengan nama Allah pemurah, penyayang.

1. (Tuhan) pemurah.
2. Tleha ajarkan Quran
3. Telah jadikan manusia
4. Telah ajarkan dia keterangan.
5. Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan (nya).
6. Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohon menurut (kepadanya).
7. Dan langit itu, ia jadikan tinggi dan ia adakan neraca.
8. Supaya kamu tidak melewati batas tentang neraca.
9. Dan dirikan lah timbangan dengan adil, dan jangan lah kamu kurangkan neraca.
10. Dan bumi itu ia hamparkan untuk makhluk.

11. Padanya ada buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang mempunyai kelopak-kelopak mayang.
12. Dan ada biji-biji yang mempynyai kulit dan (ada) barang-barang wangi.
13. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
14. Ia telah jadikan manusia dari tanah kering seperti tanah tembikar yang dibakar.
15. Dan ia telah jadikan jin-jin dari nyalaan api.
16. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
17. (Adalah ia) Tuhan bagi dua timur dan Tuhan bagi dua barat.
18. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
19. Ia alirkan dua laut itu, padahal dua-dua nya bertemu.
20. Antara dua itu ada dinding yang kedua-dua nya tidak bisa melewati (nya).
21. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
22. Keluar daripada kedua-dua mutiara dan marjan.
23. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
24. Dan baginya lah kapal yang timbul tinggi dilaut seperti gunung-gunung.
25. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
26. Tiap-tiap yang ada diatas (bumi) itu akan binasa.
27. Tetapi diri Tuhan mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan akan kekal.
28. Maka nikamt Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
29. Makhluk-makhluk yang ada dilangit-langit dan bumi berkeperluan kepada nya, tiap-tiap waktu ia dalam urusan.
30. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?

31. Kami akan berurusan dengan kamu, wahai manusia dan jin.
32. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
33. Hai golongan jin dan manusia ! jika kamu bisa menembus keluar dari sempadan-sempadan langit-langit dan bumi , cobalah kamu tembusi, kamu tidak bisa menembus keluar melainkan dengan kekuatan.
34. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
35. Akan dihapuskan atas kamu nyalaan (birau dari) api dan (leburan) kuningan, maka tak akan dapat kamu menyelamatkan diri.
36. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
37. Maka (alangkah hebatnya) apabila terbelah langit lalu jadilah ia menjurus seperti kulit yang merah ! .
38. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
39. Maka dihari itu tidak seorang pun manusia dan tidak satu pun jin yang akan ditanya tentang dosanya.
40. Mak nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?

41. Dikenal orang-orang yang berdusta itu dari tanda-tanda mereka, lalu dirangkut (mereka) dari ubun-ubun dan kaki-kaki (mereka).
42. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
43. Inilah jahanam yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa.
44. Mereka akan bergilir-gilir antara api neraka dan air mendidih yang sangat panas.
45. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
46. Dan bagi orang yang takut akan hari pertemuan dengan Tuhan nya (ada) dua syurga.
47. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
48. Yang mempunyai berbagai-bagai buah-buahan.
49. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
50. Dalam dua-dua nya ada dua mata air yangmengalir.

51. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
52. Dalam dua-duanya ada dua  pasang dari tiap-tiap buah-buahan.
53. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
54. Hal keadaan mereka duduk atas kasa-kasa yang isinya dari sutera, dan pemetikan dari  dua  syurga itu ada dekat.
55. Maka nikmat Tuhan kamu yangmanakah kamu hendak dustakan?
56. Dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang rengkas pandangan, yang belum pernah disentuh oleh seorang manusia pun sebelum mereka dan tidak (pula) jin.
57. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
58. Seolah-olah mereka itu (permata) yakub dan marjan.
59. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakha kamu hendak dustakan?
60. Bukankah tidak ada alasan bagi kebaikan itu, melainkan kebaikan (juga) ?

61. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
62. Dan selain dari dua syurga itu, (ada pula) dua syurga (lagi).
63. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
64. Kedua-dua nya (kelihaan) hijau tua.
65. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
66. Didalam dua-dua nya ada dua mata air yang memancar.
67. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
68. Didalam dua-dua nya ada buah-buahan dan kurma dan delima.
69. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
70. Didalamnya ada yang baik-baik yang bagus-bagus.

71. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
72. (Iaitu) bidadari-bidadari yang tersimpan dalam mahligai-mahligai.
73. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
74. Tidak pernah mereka disentuh oleh seorang pun manusia sebelum mereka dan tidak (pula) jin.
75. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan?
76. Keadaan mereka duduk atas hamparan-hamparan hijau dan permaidani-permaidani bersulam yang bagus-bagus.
77. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan ?
78. Maha tinggi nama Tuhan mu yang mempunyai kebesaran.

[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References]


Sunday, December 5, 2010

Saturday, May 22, 2010